Seawal jam 6 pagi, aku dah hantar adik ipar ke LCCT kota kinabalu
kerana kesilapan masa pada tiket yang saya booking. Terpaksalah bangun awal. Flight
kami 4 beranak pada jam 3.15 petang, manakala flight adik ipar aku seawal jam 7
pagi. Selepas itu, memang kesunyian terasa sekali kerana pergi berenam dan
sekarang dah tinggal berempat. Itu pun 2 anak yang masih kecil. Tambahan pula
anak aku yang sulung, demam seawal tiba di KK.
Kesian Aiman, masih kurang sihat. |
So .. plan pagi tu, lepas je anta diorang, kmk 4 beranak gi
balik kat hotel kemas apa yang patut. Lepas tu, dalam pukul 9 pagi, jalan2 kat
pasar Filipina untuk beli apa yang patut. Jalan sekitar KK, Lebih kurang dalam
pukul 11 pagi. Kita orang pun check out, kemas barang dalam kereta dan menunggu
masa untuk ke LCCT KK.
Destinasi terakhir sebelum ke lapangan terbang, kami singgah menyantap di Sugar Bun. Menu simple jer la. Sempat jugak la berjalan sepanjang jalan di Pantai Tanjung Aru. Rasa belum puas lagi kerana banyak destinasi sekitar KK belum sempat kami kunjungi.
Tepat pukul 1 tengahari, terus ke LCCT, hantar kereta sewa
yang banyak berjasa selama 4 hari kami di sini dan menunggu masa untuk berlepas
pada 3 petang. Check in, simpan barang. Alahai, dengan suasana yang panas, kesian melihat wajah di
kecil.
alamak, kat pintu masuk, beg aku tak lepas .. terpaksa tambah 15kg lagi ... |
Sekian, sampai di sini saja catatan percutian di Kota
Kinabalu, bandaraya yang sentiasa mengingat saya dengan pemandangan laut yang
cukup indah sekali. Insha-Allah, ada rezeki kami akan berkunjung kembali.
Ainul bergaya dengan Coklat kegemarannya |
ade no tepon ustaz kete myvi tu k kak? pepon penulisan blog yg santai.mudah dibaca.sy nk jenjln jgk di kk ni.hehe.tq
ReplyDeletekete myvi tu saya tempah kat airport KK. (airasia)
Delete