Hari Pertama di Kota Kinabalu
Destinasi pelancongan pada kali ini ialah Bandaraya Kota
Kinabalu, Sabah. Sebuah kota yang terkenal dengan hasil kraf mutiara. Dari perhiasan seperti Jam
mutiara, rantai mutiara, butang baju melayu mutiara hinggalah ke brooch baju kurung. Keindahanan Kota Kinabalu tampak terselah dengan lautnya yang membiru serta sayup mata memandang melihat pulau yang nampak agak dekat walaupun jauh dan yang
paling sinonim dengan Sabah ialah gunung Kinabalu.
23 Februari 2013, tarikh yang di nantikan setelah sekian
lama “membooking” tiket. Penerbangan ke Kota Kinabalu tertera atas kertas pada jam 9.40 pagi.
Seawal jam 8.30 pagi kami dah pun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching. Alhamdulillah, segala perancangan tepat
pada masanya dan tidak mengalami sebarang masalah. Sampai sahaja di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching, beg terus dimasukkan ke dalam bagasi semasa pendaftaran di kaunter
masuk.
Berada di ruang legar Balai berlepas lebih kurang jam 9.15 pagi. Macam biasalah, sebelum naik “belon” kenalah berbaris dulu. “senang diri, jaga
sedia”, rasa macam nak masuk kelas zaman sekolah dulu.
Lapangan Terbang untuk Air Asia Kota Kinabalu |
Suasana dalam kapal terbang
Cuaca pada pagi itu amat baik sekali, harap-harap cuaca Kota Kinabalu pun baik. Sepanjang penerbangan lebih kurang 1 jam 15 minit,
semua dalam keadaan baik ajer. Perut dah mula “krok...krok”, namun apakan daya.
Nak makan atas awan bersama Air Asia ni memang agak mahal dan agak tidak
berbaloi. Atas permintaan anak-anak, mahu tak mahu terpaksalah beli Maggi cup dan air milo kotak.
He..he.
Landing time
Kedengaran pilot mengumumkan masa untuk landing.
Subhanallah..memang cantiklah pemandangan kat sepanjang landasan semasa
mendarat. Laut yang membiru dengan cuaca yang amat baik. Rasa tak sabar
nak jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu.
Suasana di Balai Ketibaan
Selepas ambik barang dari bagasi, kami terus ke kaunter
kereta sewa yang telah aku tempah seminggu lebih awal. Dari jauh dah nampak KK
Leisure Tour & Rent A Car Sdn. Bhd. Harga penyewaannya boleh tahan, dari
RM170 dah di kurangkan ke RM140 + RM18 (insuran) untuk sebuah kereta Myvi 1.3
auto. Deposit RM200. Aku sewa 4 hari, so semuanya adalah RM674. Bolehlah untuk
keselesaan kami sekeluarga dan untuk pendakian sepanjang nak ke Kundasang
kelak.
Masa kat jalan
Selepas selesai semua urusan peminjaman, apa lagi, simpan
barang dalam bonet, masuk kereta dan aku terus pandu, dah rasa macam orang KK.
Dalam hati aku menjerit, “ KK!! Here we come!yeaaahaa!”.
Dibantu oleh encik GPS, Jalan kat KK ni kami yang punya, destinasi
pertama ialah Hotel Sri Iskandar yang terletak di Jalan Kampung Air. Semasa
proses pencarian ni agak lucu sedikit kerana Hotel yang kami cari betul berada
di sebelah kami. Berpusing-pusing mencari, oleh kerana macam kera baru keluar
hutan, lain di cari lain di jumpa. Namun setelah 15 minit mencari akhirnya kami
jumpa jugak.
Parking
Sistem parkir kat sini memang berbeza dengan di bandar lain.
Cukup mudah bagi pengguna kerana sistemnya, anda parking sahaja, penjaga
parking akan menghantar bil bayaran ke kenderaan anda. Plug "N" Play... Kalau diorang tak
detect, parking free ler... hehehe..
Kupon Parkir |
Di hotel
Hotel yang di tempah adalah Hotel Sri Iskandar, tapi yang
kami dapat adalah Hotel Iskandar. Terletak selang satu kedai sahaja. Bukan
hendaklah memburukkan, tapi keadaan situasi hotel ini amat tidak sesuai untuk
mereka yang berkeluarga yang menginginkan keselesaan. Full Stop. Jika nak tau
lebih lanjut, rasailah sendiri. Itu pun kalau sudi.
Kaki kami agak berat untuk berada di dalam bilik terlalu lama, lepas memunggah beg ke bilik, kami mencari tempat untuk mengalas perut dan bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu.
Selepas puas meronda sekitar bandaraya, kami kembali berehat di hotel sebentar untuk mengumpul tenaga sementara menunggu hari
beransur gelap untuk berjalan di pasar malam, mata sentiasa melilau ke luar
tingkap memerhati agaknya dimana pasar malam yang di katakan berhadapan dengan
Hotel Iskandar di Jalan Kampung Air. Lebih kurang jam 6.30 petang, kelihatan
beberapa orang telah mula memasang kanopi, betul-betul berada berhadapan
berhampiran bangunan Maybank. Memang sahlah, itulah destinasi pertama
menghabiskan duit untuk malam kelak.
Di waktu malam
Untuk malam pertama kami membuat survey terlebih dahulu
kerana esok masih ada, jadi malam ni kita orang cuma beli apa yang patut dan
terus ke KK waterfront untuk mencuba menu masakan laut.
Sepanjang jalan sekitar KK waterfront agak sesak dan memang
susah nak dapat parkir. Dengan kepakaran yang ada, akhirnya dapat jugak la meyusup
parking kat tepi jalan tak jauh dari tempat lambakan gerai masakan laut. Boleh
pilih mana-mana gerai yang anda berkenan, oleh kerana terlalu banyak gerai
makanan laut, tak tau yang mana satu pilihan hati.
Harga memang berpatutan dan tak rugilah makan kat sini
sambil melihat gelagat orang ramai terutama sekali pelancong asing yang datang
berkunjung.
Setelah selesai menjamu selera, dengan perut yang telah
penuh berisi kami balik hotel. Plan esok nak bangun awal untuk ke 4 destinasi seterusnya
yang terletak di Kundasang. Tapi sebelum tu, kami nak pindah hotel lain. Nak tau apa 4 lokasi tersebut? Sila ke destinasi
seterusnya.
> teruskan untuk hari ke - 2
> teruskan untuk hari ke - 2
No comments:
Post a Comment