Tiba di terminal KLIA2 pada pukul 12.45, kena cepat-cepat keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu KL Sentral. Rasanya masih sempat untuk menggunakan alternatif yang murah iaitu bas. Tambang untuk seorang cuma RM11 berbanding KL Ekpres iaitu RM35. Kalau teksi? RM100+ ... Dari KL Sentral kami akan naik LRT terus ke hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Stesen terdekat ialah Jamek.
Alhamdulillah lepas check in, pukul 3 petang kita terus ke OUM menggunakan teksi dengan kadar tambang RM20. Tak sampai 15 minit perjalanan, kami pun tiba di OUM Kuala Lumpur. Sebenarnya ada alternatif lain untuk ke OUM dengan kadar tambang serendah rm5 sehala. Tapi oleh kerana mengejar masa, kami ambik teksi je. Balik ke hotel kelak, saya akan tunjukkan caranya ye.
Jubah dah ambik, berjalan-jalan sekitar karnival jualan dan sekitar kampus OUM pun sudah. Sekarang tiba masanya untuk balik semula ke Hotel.
Stesen yang hampir dengan OUM Kuala Lumpur |
Perlanan baliknya pula, dari Stesen Putra terus ke Stesen Bank Negara. Kemudian transit ke Stesen LRT Bandraya terus ke Stesen LRT Jamek. Transit bermaksud bertukar stesen dari Komuter ke LRT.
Stesen Komuter Putra |
Berposing sebentar di pagar utama Bank Negara |
Jejantas ini menghubungkan Stesen Komuter Bank Negara dan Stesen LRT Bandaraya |
LRT menuju ke Stesen Masjid Jamek |
Tak payah nak menginap kat hotel mahal-mahal sekitar PWTC. Nginap aje kat Jalan Masjid India (LRT Masjid Jamek). Senang lagi nak bershopping. SOGO dekat, pasar malam pun dekat. Nasihat untuk orang Sarawak macam aku ni la.
Nak tau cara mudah untuk ke PWTC dari jalan Masjid India? Sila ke Vacation Konvokesyen di PWTC siri ke 2
No comments:
Post a Comment