Pages

Tuesday, 4 June 2013

Damai Puri Resort, Santubong, Sarawak - Day 2

Pagi tu seawal jam 8 pagi, kami dah pun berada di kolam. Cuaca pagi tu amat baik. Mandi, mandi jangan tak mandi. Mandi sampai "lelas". hehehe...

Anak saya ni berusia 2 tahun
Penat mandi, kami balik ke bilik menunggu masa untuk check out pada pukul 1 petang. Selepascheck out, kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu The Cove di Pasir panjang untuk makan tengahari sambil bersiar-siar.

The Cove, Pasir Pandak

bonda
Anak bujang saya

Monday, 3 June 2013

Damai Puri Resort, Santubong, Sarawak - Day 1

Seperti yg di janjikan, kali ini kami bercuti di Damai Puri. Resort ini terletak di berdekatan dengan damai Beach resort, Kem Permaii dan Kampung Buday. Di pendekkan cerita, punya la ramai orang cek in ari tu. Seawal 11 pagi kami dah tercegat kat ruang legar cek in. Pukul 2.30 ptg barulah dpt masuk bilik.

Beginilah suasana yg amat menyakitkan hati ..

Nasib baik dapat bilik mengadap arah laut. terubatlah sikit api kemarahan. Dah la harga mahal. Nak masuk pun payah.

Laut yg biru nampak terbentang luas. Kat bawah tu kolam budak. Bukan org dewasa.

Anak-anak dah tak sabar nak bermandi manda. Petang tu memang takde plan nak mandi kolam. Nak jalan-jalan kat pantai serta menghirup udara yang segar. 

malam tu, kami makan makanan dalam tin jer. Lain-lain aktiviti ...Tengok TV, terus tidor. Nak kumpul tenaga  misi ke kolam utk keesokannya.

Sunday, 26 May 2013

Next station ... Damai Puri ...

Next station ... Damai Puri ... Next station ... Damai Puri ... wah.. rasa naik Komuter la pulak ... tapi ini bukan cerita hal Komuter ... cerita tentang destinasi Cutila  .... Damai Puri Resort, Santubong, Sarawak ... tunggu update yer ...


Tuesday, 7 May 2013

Palm Beach Resort, Sematan

Percutian kali ni, perancangan dalam waktu yang singkat. Tapi tak terlintas pulak tarikh tu jatuh pada hari orang mengundi. Nak tak nak, aku booking jer la. Hajat nak bawak family jalan-jalan katakan. Untuk kali ini, kami ke Palm Beach resort, Sematan. Jarak dari Bandaraya kuching dalam 120 Kilometer.

Ada 3 jenis tempat penginapan di sini iaitu Detached Chalet, Quadruolex Chalet, Terrace Twin / Family.

Detached chalet

Nak tau lebih lanjut silalah  ke pautan ini ---> Palm Beach Resort

Palm Beach Resort
Masa perjalanan untuk cuaca yang baik dengan pemanduan yang selamat lebih kurang 2 jam dari Pusat Bandaraya. Cuaca memang spoting, panas hingga ke petang. Sampai jer kita kat sana, rileks sekejap. Pukul 4 petang, bawak anak-anak mandi kat kolam. Sori takder gambar, takut kamera basah. hehehe...

Dalam perjalanan ke Sematan, terserempak pulak dengan parti berkonvoi ... huhu...

Kat belakang tu office management

Alamak.. besarnya Key chain ..

Kupon untuk Makan Malam dan Sarapan
Di sinilah tempat kami menginap
Aktiviti Waktu Malam

Aktiviti penting di waktu malam ialah makan malam
Sesi fotografi malam
Selepas makan, bergambar di beberapa lokasi kemudian balik bilik, tengok movie, tidur ...

Keesokannya ...
 
Selepas breakfast, lebih kurang jam 11 pagi, kami berangkat pulang kerana kewajipan untuk negara. Marilah mari, pergi mengundi ...


Breakfast

sempat bermain sebelum pulang

3 Jam Kemudian ...

Saya Sayang Malaysia ... tunaikan kewajipan anda ...

Saturday, 30 March 2013

Day 2 - Union Yes Retreat Resort, Lundu

Seawal 8 pagi kami dah ke Raflesia Cafe untuk sarapan pagi dengan harapan lepas ni nak bawa anak-anak mandi di kolam.




inilah chalet tempat kami menginap




Friday, 29 March 2013

Day 1 - Union Yes Retreat Resort, Lundu


Pemandangan di ambil dari menara peninjau

Percutian pada kali ini di Union Yes Retreat Resort terletak di Siar, Lundu. Jarak dari bandaraya Kuching lebih kurang dalam 80 Km.

Harga percutian untuk di sini amat berpatutan pada hari biasa namun akan melambung sekali ganda pada waktu cuti dan hujung minggu. Harga yang kena aku bayar untuk RM348 untuk 3 orang dewasa (aku, my wife & my bonda) dan 2 kanak-kanak (anak aku la..)


So apa lagi, sampai jer kat sini, tukar baju terus ke kolam renang. Berendam di Kolam biasa dan Kolam air panas.

wajah sebelum menggelongsor

bahaya kalau berdiri kat depan gelongsor tu ...

sempat berposing sekeluarga

Aksi adik dan abang


Selepas penat berendam, kami berjalan di sekitar resort.

senyum ceria wajah seorang isteri


Waktu Malam

Aktiviti waktu malam ialah makan. Pakej menginap termasuk makan malam, tapi hanya untuk 2 orang sahaja. Kanak-kanak bawah 5 tahun tidak di kenakan bayaran.

makan punya pasal, bayar jer la ...
banyak ni jer la makan untuk RM25, tapi takper ... aku dah ambik on behalf ...hehe...
minum sayang ... minum ... ari ni abah belanja ...
 Selepas makan kita orang balik bilik, tengok TV makan makanan ringan dan tidor. Esok nak sambung mandi kat kolam lagi. hehehe...

Tuesday, 26 February 2013

Day 4 - Percutian Di Kota Kinabalu



Seawal jam 6 pagi, aku dah hantar adik ipar ke LCCT kota kinabalu kerana kesilapan masa pada tiket yang saya booking. Terpaksalah bangun awal. Flight kami 4 beranak pada jam 3.15 petang, manakala flight adik ipar aku seawal jam 7 pagi. Selepas itu, memang kesunyian terasa sekali kerana pergi berenam dan sekarang dah tinggal berempat. Itu pun 2 anak yang masih kecil. Tambahan pula anak aku yang sulung, demam seawal tiba di KK.

Kesian Aiman, masih kurang sihat.

So .. plan pagi tu, lepas je anta diorang, kmk 4 beranak gi balik kat hotel kemas apa yang patut. Lepas tu, dalam pukul 9 pagi, jalan2 kat pasar Filipina untuk beli apa yang patut. Jalan sekitar KK, Lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Kita orang pun check out, kemas barang dalam kereta dan menunggu masa untuk ke LCCT KK.




Destinasi terakhir sebelum ke lapangan terbang, kami singgah menyantap di Sugar Bun. Menu simple jer la. Sempat jugak la berjalan sepanjang jalan di Pantai Tanjung Aru. Rasa belum puas lagi kerana banyak destinasi sekitar KK belum sempat kami kunjungi.


Tepat pukul 1 tengahari, terus ke LCCT, hantar kereta sewa yang banyak berjasa selama 4 hari kami di sini dan menunggu masa untuk berlepas pada 3 petang. Check in, simpan barang. Alahai, dengan suasana yang panas, kesian melihat wajah di kecil. 

alamak, kat pintu masuk, beg aku tak lepas .. terpaksa tambah 15kg lagi ...


Sekian, sampai di sini saja catatan percutian di Kota Kinabalu, bandaraya yang sentiasa mengingat saya dengan pemandangan laut yang cukup indah sekali. Insha-Allah, ada rezeki kami akan berkunjung kembali.

Ainul bergaya dengan Coklat kegemarannya

Monday, 25 February 2013

Day 3 - Percutian Di Kota Kinabalu


  Aktiviti melawat pulau dan Snorkelling



Terdapat 5 buah pulau yang ada untuk di kunjungi di sekitar Pantai tapi hanya 3 pulau yang sentiasa menjadi pilihan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Dua pulau lagi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.

Pulau Cadangan :
Pulau Sapi

Pulau Sapi terletak berhampiran dengan Pulau Gaya. Air laut teramatlah jernih dengan pantai memutih. Masa di peruntukan untuk ronda-ronda di semua pulau dari 9 pagi ke 5 petang.

Terdapat dua cara untuk berkunjung ke Pulau - pulau tersebut.

Cara Pertama
Jika Secara Tidak Sah
Cari bot yang ada di persekitaran KK waterfront yang boleh menawarkan harga yang lebih murah. Tanpa terminal & Conservation Fees (
- kalau nak naik bot secara ikut-ikut, satu kepala bayar RM30. Cuma kena tunggu bot penuh baru boleh berjalan dan biasanya perlu 8 orang la baru dikira cukup korum, destinasi cuma satu pulau sahaja.
- sewa terus sebuah bot yang boleh memuatkan 8 hingga 10 orang dengan membayar RM200. Kemudian boleh ke mana-mana pulau atau ke mana-mana yang dikehendaki.

Cara Kedua
Jika Secara Sah.
Kadar bayaran per pax bot untuk Tunku Abd Rahman Marine Park :
Pulau Manukan - RM23, RM18
Pulau Gaya - RM23, RM18
Pulau Mamutik - RM23, RM18
Pulau Sapi - RM23, RM18
Pulau Sulug - RM25, RM18
Two Island Hopping - RM33, RM28
Three Island Hopping - RM43, RM38
Four Island Hopping - RM53, RM48
TERMINAL FEES - RM7.20 per pax
CONSERVATION FEES - RM3.00 per pax

Kadar Sewa Peralatan
Mask & Snorkel - RM10
Life Jacket - RM5
Beach Mat - RM5
Fins - RM10 

Pemandangan Tunku Abdul Rahman Marine Park di ambil dari Suria Sabah
1.Pergi awal supaya lebih lama boleh ronda-ronda di Pulau. Bot berlepas pukul 9 pagi.
2.Sedia makanan sebelum bergerak ke Pulau sebab makanan kat pulau boleh tahan harganya.

Nampak masih belum ada tanda positif untuk mereka (pengikut Sultan Sulu) keluar dari Sabah. So hari tu kami Cuma berlegar-legar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Untuk langkah keselamatan, kami batalkan niat walaupun semangat dah berkobar-kobar semenjak hari pertama lagi. Jadi lokasi seterusnya, Suria Sabah untuk singgah makan tengahari.

hanya di Kota Kinabalu, Suria Sabah.

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)



Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata.

Tumpuan orang ramai, parking memang susah nak dapat


Lokasi sekitar Kota Kinabalu

Jambatan Tamparuli

Lokasi lebih kurang 20 minit dari Kota Kinabalu.
Lokasi Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik Borneo
Abah dan Aiman

Taman Rekreasi Air Masjid

Ingin merasa pengalaman berkayuh sampan sendiri di dalam air? Selain untuk beriadah, ia baik untuk kesihatan. Berpeluh-peluh berkayuh di waktu petang. Di atas kertas, masa di peruntukkan cuma 20 minit. Tapi jika di fikirkan, anda berkayu sehingga ke tengah tasik, lepak selama 20 minit. lepas tu berkayuh semula ke jeti, masa yang di ambil boleh jadi antara 30 ke 40 minit. Memang amat menyeronokkan.

Tiket masuk

Walaupun penat berkayuh, wajah ceria tetap masih tertampang

Pada sebelah malamnya pula sebelum berangakt pulang ke Kuching esok, kami menjamu selera di KK waterfront untuk menu masakan laut.

Berposing sambil minum "aek Nior"