Pages

Tuesday, 4 June 2013

Damai Puri Resort, Santubong, Sarawak - Day 2

Pagi tu seawal jam 8 pagi, kami dah pun berada di kolam. Cuaca pagi tu amat baik. Mandi, mandi jangan tak mandi. Mandi sampai "lelas". hehehe...

Anak saya ni berusia 2 tahun
Penat mandi, kami balik ke bilik menunggu masa untuk check out pada pukul 1 petang. Selepascheck out, kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu The Cove di Pasir panjang untuk makan tengahari sambil bersiar-siar.

The Cove, Pasir Pandak

bonda
Anak bujang saya

Monday, 3 June 2013

Damai Puri Resort, Santubong, Sarawak - Day 1

Seperti yg di janjikan, kali ini kami bercuti di Damai Puri. Resort ini terletak di berdekatan dengan damai Beach resort, Kem Permaii dan Kampung Buday. Di pendekkan cerita, punya la ramai orang cek in ari tu. Seawal 11 pagi kami dah tercegat kat ruang legar cek in. Pukul 2.30 ptg barulah dpt masuk bilik.

Beginilah suasana yg amat menyakitkan hati ..

Nasib baik dapat bilik mengadap arah laut. terubatlah sikit api kemarahan. Dah la harga mahal. Nak masuk pun payah.

Laut yg biru nampak terbentang luas. Kat bawah tu kolam budak. Bukan org dewasa.

Anak-anak dah tak sabar nak bermandi manda. Petang tu memang takde plan nak mandi kolam. Nak jalan-jalan kat pantai serta menghirup udara yang segar. 

malam tu, kami makan makanan dalam tin jer. Lain-lain aktiviti ...Tengok TV, terus tidor. Nak kumpul tenaga  misi ke kolam utk keesokannya.