|
Pemandangan di ambil dari menara peninjau |
Percutian pada kali ini di Union Yes Retreat Resort terletak di Siar, Lundu. Jarak dari bandaraya Kuching lebih kurang dalam 80 Km.
Harga
percutian untuk di sini amat berpatutan pada hari biasa namun akan
melambung sekali ganda pada waktu cuti dan hujung minggu. Harga yang kena aku bayar untuk RM348 untuk 3 orang dewasa (aku, my wife & my bonda) dan 2 kanak-kanak (anak aku la..)
So apa lagi, sampai jer kat sini, tukar baju terus ke kolam renang. Berendam di Kolam biasa dan Kolam air panas.
|
wajah sebelum menggelongsor |
|
bahaya kalau berdiri kat depan gelongsor tu ... |
|
sempat berposing sekeluarga |
|
Aksi adik dan abang |
Selepas penat berendam, kami berjalan di sekitar resort.
|
senyum ceria wajah seorang isteri |
Waktu Malam
Aktiviti waktu malam ialah makan. Pakej menginap termasuk makan malam, tapi hanya untuk 2 orang sahaja. Kanak-kanak bawah 5 tahun tidak di kenakan bayaran.
|
makan punya pasal, bayar jer la ... |
|
banyak ni jer la makan untuk RM25, tapi takper ... aku dah ambik on behalf ...hehe... |
|
minum sayang ... minum ... ari ni abah belanja ... |
Selepas makan kita orang balik bilik, tengok TV makan makanan ringan dan tidor. Esok nak sambung mandi kat kolam lagi. hehehe...