Pages

Friday, 29 October 2021

Siar Beach resort destinasi pilihan pertama selepas pandemik




Setelah dilanda pandemik Covid-19 hampir 2 tahun, destinasi percutian pun turut terbantut. Namun setelah  negara menuju ke arah endemik dan mengurangkan angka jangkitan, kami turut menyahut seruan ini dengan memulakan aktiviti seperti biasa.

Percutian pada kali ini agak menyeronokkan kerana ditemani keluarga besar sebelah isteri. Di sini, terdapat beberapa jenis rumah penginapan iaitu dari sebuah bilik, rumah teres sehingga ke rumah banglo. ruang riadah yang disediakan juga selesa dari segi keluasannya.













Thursday, 28 November 2019

Perjalanan ke Sibu 2019 Day 1

Perjalanan ke Sibu untuk kali ini kami merancang menggunakan jalan darat melalui Daerah Samarahan ke Batang Lupar dan Batang Saribas terus ke Sri Aman. Mesti seronokkan sebab kali ini kami akan berpeluang menaiki feri di Batang Lupar, sungai yang terbesar dan Feri di Batang Saribas.

Menunggu giliran untuk menaiki feri di Batang Lupar








Setelah hampir 15 minit menyusuri Batang Lupar kami meneruskan perjalanan ke Feri Seterusnya.

Feri Batang Saribas

Melalui simpang ini belok ke kanan, Pusa untuk terus ke Simpang Srikei/Kuching



Sampai di Sibu kami singgah makan tengahari di Ayam Penyet RIA. Sebab terlalu lapar kami singgah je mana-mana tempat yang terdekat.

Secara keseluruhan dari segi masa dan kesesakan. Kesesakan lalulintas tiada. Dari segi masa lebih kurang 5 jam lebih tapi untuk perjalanan yang santai, jalan ni amat sesuai.




Friday, 4 October 2019

Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Last Day

 sila lihat Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Day 5

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk hari ini kerana masa amat mencemburui. Setelah bersarapan dan bersiar sekejap di kawasan berhampiran hotel kami terus bergerak ke KLIA menaiki GRAB.





































Thursday, 3 October 2019

Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Day 5

 Sila Lihat Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Day 4 Part 2

Midvalley Megamall dan SOGO Departmental Store Kuala Lumpur (KL SOGO)

Untuk hari ke 5 kami cuma bersiar-siar di Midvalley Megamall dan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman sahaja. Memandangkan kereta sewa dateline pada tengahari hari ini, jadi kami bercadang berkereta ke SOGO walaupun hakikat kalau berjalan kaki tak jauh pun dari lokasi Hotel. Sekali-sekala mau juga merasa jadi orang KL kan. Parking Di SOGO. Nak dijadikan cerita, bayaran parking kat SOGO punya la mahal. Aku kena RM10.00 beb untuk sekitar 3 jam lebih. Sempat jugak la berposing di kawasan Parking SOGO.hehe..











Wednesday, 2 October 2019

Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Day 4 Part 2

 Sila lihat Percutian Sefamili ke Kuala Lumpur Day 4 Part 1

Destinasi seterusnya sekitar Shah Alam. Memandankan adik isteri saya belajar dalam bidang seni halus di kampus cawangan, jadi kami bercadang singgah sebentar di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Kebetulan surau betul-betul berada di bangunan Fakuliti. Alhamdulillah dipermudahkan.





Singgah menjamu selera di seksen 7, Shah alam.



Sempat melepaskan hajat bersolat tahiyatul masjid di Masjid Shah Alam. Selalu tengok dalam TV jer..hehe..








Putra Jaya
Destina seterusnya Putra Jaya. Ikut GPS je, jalan pergi nya lain, pulang nya lain.hehehe..









Dataran Merdeka














Kampung Baru
Pada sebelah malamnya pula kami menjamu selera di lokasi terkenal makanan laut di Kuala Lumpur iaitu Kampung Baru.